Mendapat pendidikan awal di SJKC Chung Hwa, Sik, Kedah dari Darjah 1(1970) hingga Darjah 6 (1975). kemudian melanjutkan pelajaran di SM Sik, Kedah hingga tahun 1978. Mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran yang cemerlang, kemudian ditawarkan ke aliran Sains di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Bersekolah di SM Ibrahim sehingga tahun 1982 (Tingkatan Enam Atas) kemudiannya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada 1 Februari 1983. Berada di MPSI selama empat bulan sahaja kemudian apabila keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)1982 diumumkan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke bidang Kemanusiaan Dengan Pendidikan di USM sehingga tahun 1987. Kemudian ditempatkan di Sekolah Menengah Dato Idris Pengkalan Bharu, Pantai Remis Perak sehingga 30 November 1991.
Mulai 1 Disember 1991 mula ditempatkan sebagai guru penolong di SMK Tunku Panglima Besar, Kulim Kedah sehingga 15 Jun 1993. Mulai 16 Jun 1993 mula berkhidmat sebagai pensyarah bagi subjek Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di USM secara sambilan pada tahun 1995. Seterusnya mendapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan - Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama tiga tahun mulai 1 Disember 1999 hingga 30 November 2002 di peringkat ijazah kedoktoran falsafah di USM. Setelah tamat di peringkat Ph.D kemudian ditempatkan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (dulunya Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim) mulai 16 Disember 2002. Kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Keguruan di institut yang sama.
Sepanjang perkhidmatan telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 1999, 2004 dan 2010.
Dr.BAHARUDIN BIN YAACOB.
No comments:
Post a Comment