Friday 29 July 2011

Latar Belakang

Mendapat pendidikan awal di SJKC Chung Hwa, Sik, Kedah dari Darjah 1(1970) hingga Darjah 6 (1975). kemudian melanjutkan pelajaran di SM Sik, Kedah hingga tahun 1978. Mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran yang cemerlang, kemudian ditawarkan ke aliran Sains di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Bersekolah di SM Ibrahim sehingga tahun 1982 (Tingkatan Enam Atas) kemudiannya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada 1 Februari 1983. Berada di MPSI selama empat bulan sahaja kemudian apabila keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)1982 diumumkan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke bidang Kemanusiaan Dengan Pendidikan di USM sehingga tahun 1987. Kemudian ditempatkan di Sekolah Menengah Dato Idris Pengkalan Bharu, Pantai Remis Perak sehingga 30 November 1991.

Mulai 1 Disember 1991 mula ditempatkan sebagai guru penolong di SMK Tunku Panglima Besar, Kulim Kedah sehingga 15 Jun 1993. Mulai 16 Jun 1993 mula berkhidmat sebagai pensyarah bagi subjek Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di USM secara sambilan pada tahun 1995. Seterusnya mendapat tawaran Hadiah Latihan Persekutuan - Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa selama tiga tahun mulai 1 Disember 1999 hingga 30 November 2002 di peringkat ijazah kedoktoran falsafah di USM. Setelah tamat di peringkat Ph.D kemudian ditempatkan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (dulunya Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim) mulai 16 Disember 2002. Kini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Keguruan di institut yang sama.

Sepanjang perkhidmatan telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 1999, 2004 dan 2010.

Dr.BAHARUDIN BIN YAACOB.

Lagu (Penciptaan Lirik)

LAGU (PENCIPTAAN LIRIK)

a. Lagu ‘Wawasan Gemilang’ Lagu Rasmi Konvokesyen Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB)pada tahun 1996.

b. Lagu ‘Berhemah Berdisiplin Pengukuh Kecemerlangan’ bagi Kejohanan Aktiviti Gerakerja Kokurikulum Untuk Maktab Perguruan(KAGUM) 1997.

Pengalaman Memberi Kursus dan Ceramah

PENGALAMAN MEMBERI KURSUS/CERAMAH

1. Pengalaman dalam memberi Kursus berkaitan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) anjuran BPG kelolaan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Maktab Perguruan Perlis, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis pada tahun 2004.

2. Kursus Asas Penyelidikan untuk Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu di PKG Tunjang, Jitra, Kedah. (Tahun 2004)

3. Kursus Asas Penyelidikan Kajian Tindakan untuk guru-guru sekolah rendah Daerah Baling/Sik di PKG Kuala Pegang, Baling Kedah. (Tahun 2004).

4. Kursus Asas Penyelidikan Untuk Guru dan pengetua Sekolah-Sekolah Daerah Kota Setar di PKG Alor Janggus, Alor Setar, 17 Februari 2005.

5. Kursus Asas Penyelidikan Untuk Guru Sekolah Menengah Aman Jaya, Sungai Lalang, Bedong, Kedah pada 26 Mac 2005.

6. Kursus Guru Pembimbing Bagi Guru KPLI SR LPBS Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, KPM pada 12-15 April 2005 di Hotel Grand Continental, Johor Bharu, Johor.

7. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) untuk Guru Daerah Baling di PKG Kuala Ketil, Kedah pada 26 April 2005.

8. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) 28 April 2005 untuk Guru Sekolah Menengah kebangsan Aman Jaya, Sungai Lalang, Bedong, Kedah.
9. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) 28 April 2008 untuk Guru Sekolah Menengah Kebangsan Model Khas, Bukit Jenun, Pendang, Kedah.

10. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) 28 April 2008 untuk Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau Kedah.

11. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) 28 April 2008 untuk Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Aman Jaya, Kedah.

12. Kursus Asas Penyelidikan (Kajian Tindakan) 28 April 2008 untuk Guru Sekolah Kebangsaan Tiak, Baling,Kedah.

13. Pengalaman menjadi Penilai bagi Penilaian Tahap Kecekapan DG44 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Ogos 2008.

14. Pengalaman menjadi Penilai bagi Penilaian Tahap Kecekapan DG44 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Ogos 2008.

15. Menjadi Fasilitator Kursus 12 KDP Penyelidikan untuk pensyarah IPG di Perlis pada Feb-Jun 2008.

16. Menjadi Fasilitator Kursus 12 KDP Penyelidikan untuk pensyarah IPG di IPBA pada Jun-Oktober 2008.

17. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Pensyarah IPGM Zon Sabah dan Sarawak di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah pada 1-5 Disember 2008.

18. Menjadi Fasilitator Kursus 12 KDP Penyelidikan untuk pensyarah IPG di Perlis pada Feb-Jun 2009.

19. Menjadi Fasilitator Kursus Latihan Pembangunan Staf Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) pada 16 Februari 2009.

20. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Kursus Perguruan Bil 1/2009 Bagi Pensyarah IPGM Zon Tengah dan Selatan di Hotel Selesa, Johor Bharu, Johor pada 30 Mac 2009 – 3 April 2009.

21. Memberi ceramah Motivasi Kepada Pelajar Tingkatan Enam di SMK Merbuk, Merbuk, Kedah pada 23 Mac 2009.

22. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Kursus Perguruan Bil 2/2009 Bagi Pensyarah IPGM Zon Timur dan Tengah di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada 9 – 13 September 2009.

23. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Kursus Perguruan Bagi Pensyarah IPGM Zon Timur dan Utara di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada 10-14 November 2009.

24. Menjadi Ahli Bengkel Perbincangan Hala Tuju IPG Anjuran IPG Induk di Hotel Avillion Averly, Melaka pada 9-11 Disember 2009.

25. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Kursus Perguruan Bil 1/2010 Zon Sarawak di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Samarahan, Kuching, Sarawak pada 7-11 Februari 2010.

26. Menjadi Fasilitator Bagi Kursus Dinamika Temuduga Kursus Perguruan Bil 2/2010 Bagi Zon Sabah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Penampang, Sabah pada 4-7 Mac 2010.

27. Menjadi penceramah bagi Program Peningkatan Profesionalisme bagi guru-guru Sekolah Menengah Dato Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah pada 19 Februari 2011.

28. Menjadi fasilitator (Master Coauches) bagi Program Kursus Kejurulatihan Bagi School Improvement Specialist Coaches, Projek NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21-23 Februari 2011 di Hotel Swiss In Waterfront, Sandakan, Sabah.

29. Menjadi fasilitator (Master Coauches) bagi Program Kursus Kejurulatihan Bagi School Improvement Specialist Coaches, Projek NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia pada 28 Februari 2011 hingga 2 Mac 2011 di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengalaman Membentangkan Kertas Kerja

PENGALAMAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

a. Membentangkan kertas kerja di Seminar Pemantapan Profesionalisme Guru Permulaan di MP Tuanku Bainun 5/6 November 1997

b. Membentangkan kertas kerja di Seminar Pengurusan Personaliti II, Kelab Bimbingan & Kaunseling 17 April 1999.

c. Ahli Panel Seminar Penyelidikan Pendidikan, Anjuran Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan, Sarawak, pada 3-4 November 1999.

d. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Anjuran Unit Penyelidikan dan Pembangunan Maktab Perguruan Tuanku Bainun pada 13 April 2002.

e. Membentangkan kertas kerja di Seminar Pendidikan 3, Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Tuanku Bainun pada 17 Oktober 2002.

f. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru peringkat Kebangsaan di Hotel Holiday Inn, Kucing Sarawak pada 19-21 Ogos 2003.

g. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut, Bukit Keluang, Besut, Terengganu pada 19-20 April 2004.

h. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Keningau, Keningau, Sabah pada 24 & 25 Jun 2004.

i. Membentangkan kertas kerja di Seminar Pendidikan V Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 Julai 2004.

j. Membentangkan kertas kerja di ‘International Seminar For Learning and Motivation’ Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia pada 9-12 September 2005 di Hotel City Bayview, Langkawi, Kedah.

k. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Anjuran Maktab Perguruan Batu Pahat di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor pada 25-27 Oktober 2005.

l. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Anjuran Maktab Perguruan Batu Pahat di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor pada 25-27 Oktober 2005.

m. Membentangkan kertas kerja di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2006 di Hotel M Suites, Johor Baharu, Johor.

n. Membentangkan kertas kerja di Seminar Pedagogi Kebangsan 2007 di Anjuran Institut Perguruan Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

o. Membentangkan kertas kerja di Persidangan Pengurusan Pendidikan Peringkat Kebangsan (Naticome 2008) Anjuran Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 2-3 Disember 2008.

p. Membentangkan kertas kerja di Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009 Anjuran Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah pada 3-5 Februari 2009 di Hotel Beverly, Kota Kinabalu, Sabah.

Hasil Penulisan, Kajian Penyelidikan dan Artikel

HASIL PENULISAN

A. TESIS
a. ‘Persepsi Guru Pelatih Terhadap keberkesanan Kurikulum Asas Pendidikan (Semester 1 dan 2) Dalam membantu Mereka Menjalani Praktikum Peringkat 1 Di Sekolah. Satu Kajian Kes. (Untuk M.ED(Pengajian Kurikulum)– USM, 1997).

b. Pemikiran Pendidik Guru Terhadap Hasrat Dan Pelaksanaan Kurikulum Latihan Guru Sekolah Bestari : Satu Kajian Kes Di Empat Buah Maktab Perguruan. (Tesis Ph.D USM 2003).

B. BUKU

a. Kemahiran Berfikir Dan Belajar – Penerbitan Fajar Bakti, Shah Alam, 1995 (Ruj: Mohd Nashuha dan Rakan-Rakan.

C. KAJIAN PENYELIDIKAN

a. Kepenggunaan Pusat Kegiatan Guru Oleh Guru Permulaan Di Seberang Prai Tengah/Utara - Siri Monograf Penyelidikan Maktab Perguruan Tuanku Bainun, 1994.

b. Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Rekacipta Di Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Daerah Seberang Prai Tengah/Utara, Pulau Pinang. – Siri Kajian Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Tuanku Bainun, 1995.

c. Peranan Guru Pendamping Terhadap guru Pelatih, MPTB Semasa Praktikum 1/95. Kajian Pembiayaan BPG 1995.

d. Refleksi Guru Pelatih terhadap MPTB, Kajian Maktab 1998.

e. Pelaksanaan Program Insklusif Di Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes Di Seberang Prai Utara – Pembiayaan BPG 1998.

f. Kajian Pergerakan Guru Pelatih Di Maktab Perguruan. Kajian Pilihan dan Kajian yang tidak diterbitkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004/2005).

g. Kajian Penilaian Program BPG 2004-2007: Kursus Dalam Perkhidmatan.

h. Kajian Kualiti Pengajaran dan Pensyarah Di maktab perguruan dan IPT. Satu tinjauan awal bersaskan pengalaman pelajar. (Kajian pilihan BPG, KPM 2006.


D. ARTIKEL

a. Menilai Keberkesanan Kurikulum Pendidikan, Berita Harian, 1 Julai 1997.

b. Mencambah Budaya Celik Penyelidikan, Berita Harian, Khamis, 19 Mac 1998.

c. Guru baru tidak perlu terlalu ikut keadaan, Berita Harian, 26 Januari 1998.

d. Hubungkait Keberkesanan Sekolah Dengan kepimpinan Profesional, dalam Jurnal ‘Educator’, Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Jilid 01, Bil. 01, Januari 1997.

e. Memperkasa PIBG di Era Sekolah Bestari – Dalam ‘Karya’ Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bil. 2, 1998.

f. Sistem pendidikan Fleksibel.., satu perubahan atau paradoks?. Dalam ‘Karya’, Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bil. 2, 1998.

g. Khabar Pensyarah Pakar.., mengapa sepi tanpa berita?, dalam ‘Karya’ Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bil. 2, 1998.

h. Pemikiran Pendidik Guru Terhadap hasrat Dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum Di Maktab Perguruan: Satu Kajian Kes, dalam ‘Jurnal Penyelidikan MPSAH’, Jilid 7, September 2003.

i. Budaya Penyelidikan Di Kalangan Pendidik Guru Di Maktab Perguruan, dalam ‘Jurnal Penyelidikan MPSAH, 2004.

Pengalaman Profesional

PENGALAMAN PROFESIONAL:

1. Ketua Editor Jurnal Praktikum ‘Anugerah’2009

2. Panel Temuduga Kursus Perguruan bagi KPLI dan KPLSPM 2006-2009.

3. Panel Pemilih Calon Guru Kursus Perguruan KPLI Tahun 2007-2009

4. Master Coaches bagi Bagi Program School Improvement Specialist Coaches, NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010, 2011.

5. Ketua Unit Penilaian Dan Pemantauan, Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Keguruan (Tahun 2003-2008)

6. Penyelaras Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan KPM - OUM IPSAH (Tahun 2006-2009).

7. Panel Temuduga Kursus Perguruan bagi KPLI dan KPLSPM 2006-2009.

8. Panel Pemilih Calon Guru Kursus Perguruan KPLI Tahun 2007-2009

9. Ketua Unit Penilaian Dan Pemantauan, Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Keguruan (Tahun 2003-2008)

10. Penyelaras Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan KPM - OUM IPSAH (Tahun 2006-2009).

11. Fasilitator Kursus Penyelidikan 12 Minggu bagi Pensyarah Maktab Perguruan Anjuran BPG, KPM Tahun 2004, 2005, 2008, 2009

12. Fasilitator bagi penyelidikan bawah Kajian Pemantauan BPG 2004 (Zon Utara),KPM.

13. Fasilitator bagi Penyelidikan bawah Kajian pemantauan BPG 2005 (Zon Sabah/Sarawak), KPM.

14. Ketua Pasukan Penyelidikan Kajian Terpilih BPG, KPM 2004/2005.(Kajian Pergerakan Guru Pelatih Di Maktab Perguruan).

15. Ahli Pasukan Kajian Penilaian Program BPG, KPM 2005-2007(Kursus Dalam perkhidmatan).

16. Ketua Pasukan Kajian Pilihan BPG, KPM 2005. (Kajian Kualiti Pengajaran Dan Personaliti Pensyarah di Maktab Pergurua. Satu Tinjauan Awal Berasaskan Pengalaman Pelajar).

17. Fasilitator bagi Kursus Guru Pembimbing Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)KPLI-SR tahun 2005.

18. Penyelaras Praktikum Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), IPSAH 2002-2009.

19. Pensyarah bagi subjek Psikologi Pendidikan Kursus 14 Minggu Pra Sarjana Muda Pendidikan KPM/OUM

20. Tutor sambilan bagi Subjek Pengenalan Sosiologi, Bimbingan Dan Kaunseling, Psikologi Pendidikan, Manusia dan Masyarakat, Manusia Dan Budaya Pengajian Malaysia di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
21. AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah Sesi 2003-2004/ 2004-2005.

Senarai Tugas Sekarang

SENARAI TUGAS SEKARANG:

1. Ketua Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

2. Pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan, Mengajar Subjek Ilmu Pendidikan (Psikologi, Pedagogi dan Pendidikan di Malaysia) bagi Kelas KPLI (Rendah).

3. Ahli Majlis Mesyuarat Pentadbiran Dan Pengurusan Profesional

4. Pengerusi Kelab Kakitangan Akademik Sesi 2010-2011

5. AJK Induk Praktikum.

6. Ketua Jawatankuasa Pengurusan dan Tatacara Majlis Konvokesyen.

7. Ketua Editor Jurnal Penyelidikan ‘KHAZANAH’ 2010.